DJ FUZZ

     Farzwa De Attaher Emir atau dikenali sebagai DJ Fuzz, adalah seorang komposer yang dikenali oleh bukan sahaja peminat muzik tanah air, malah popular dikalangan usahawan-usahawan di Malaysia.  

     Bermula sebagai seorang DJ yang telah merangkul pelbagai anugerah seperti Malaysian Pioneer Digital Battle Champion dan lain-lain selama 6 kali berturut-turut, DJ Fuzz juga turut melahirkan beratus DJ generasi baharu di dekad ini. 

     Setelah berada di dalam arena DJ selama 15 tahun, DJ Fuzz mengambil keputusan untuk menumpukan fokus terhadap penciptaan lagu. Bermula dengan muzik hip-hop, kini DJ Fuzz telah menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu dari pelbagai genre. Kebanyakkan lagu-lagu hit DJ Fuzz telah berjaya meraih beberapa anugerah seperti AIM, Anugerah MACP dan sebagainya. 

     Beliau bukan sahaja seorang komposer ternama, malah beliau bertanggungjawab dalam melahirkan artis-artis di bawah naungan Mixology Music seperti W.A.R.I.S, Mark Adam, Zizi Kirana dan ramai lagi bintang popular yang bernaung di bawahnya. 

     Bukan itu sahaja, DJ Fuzz turut mengendali syarikat penerbitan muzik Mixology Publishing dan pelbagai perniagaan yang lain.  

     Selain menjadi nama besar dalam industri muzik, DJ Fuzz turut menerbitkan beberapa buah buku yang boleh didapati di semua kedai buku utama di Malaysia. 

     Sejak 2018, DJ Fuzz sibuk menghasilkan beratus lagu-lagu produk untuk usahawan tanah air dalam membantu mereka melaksanakan strategi pemasaran bisnes mereka.  

     Lagu-lagu produk DJ Fuzz sering berkumandang di semua radio Bahasa Melayu di seluruh Malaysia hari ini.  

 

Pencapaian DJ Fuzz      

  • Playaz/Ecler DJ Championship 2000 (Juara Kategori Scratching)
  • Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2002 (Finalis)
  • Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2003 & 2004 (Juara)
  • World Vestax Extravaganza di Tokyo, Jepun 2004 (Top 12)
  • Pioneer Digital DJ Battle 2003, 2004 & 2005 (Juara)
  • ASIA Pioneer Digital Battle 2006 (Tempat kedua)
  • VIMA 2008 Anugerah Club DJ Terbaik
  • AIM 2009 Album Hip Hop Terbaik (Malique – OK)
  • AIM 2010 Album Hip Hop Terbaik (KO The Mixtape)
  • AIM 2010 Lagu Hip Hop Terbaik (Malique- CeritaKedai Kopi)
  • AIM 2013 Lagu Hip Hop Terbaik (Salammusik-Aku Pelat)
  • Anugerah Juara Lagu 2013 (Salammusik-Aku Pelat) (Finalis)
  • Anugerah Juara Lagu 2014 (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu) (Finalis)
  • Anugerah MACP 2015 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu
  • Anugerah MACP 2016 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu
  • 100 Top Young CEO 2019 (Special Talent Entrepreneur)
  • ASEAN Top 100 Influencer 2019
  • Prestigious Leader in Music Industry Award (Jingle Composer of the year) 2019

LAGU CIPTAAN DJ FUZZ

LAGU PRODUK CIPTAAN DJ FUZZ

DJ FUZZ – THE STATIC MIXTAPE

BEATMAKING WEDNESDAYS WITH DJ FUZZ