
Ikhmal Nour is a singer and content creator.
BIOGRAFI
Noor Ikhmal Haqim Bin Noor Azhar atau lebih dikenali sebagai ‘Ikhmal Nour’ dilahirkan di Kuantan, Pahang pada 26 Oktober 2002.
Beliau mempunyai bakat yang terpendam sejak kecil lagi.
Pada awal persekolahan, Ikhmal Nour banyak terlibat dengan kumpulan nasyid dan beliau sering menyertai pertandingan karaoke dan persembahan nasyid bagi meningkatkan keyakinan diri di khalayak ramai.
Beliau juga pernah menghadiri sesi ujibakat Ceria PopStar semasa berusia 13 tahun tetapi tuah bukan milik beliau pada ketika itu.
Semenjak dari kecil lagi beliau ingin menjadi penghibur kerana beliau suka melihat orang sekelilingnya gembira dan berasa puas hati melihat keceriaan penonton beliau.
Sejak tahun 2020, beliau mula mendapat sambutan di sosial media kerana bakat beliau yang pandai menghasilkan video-video yang dapat menarik hati ramai.
Awal tahun 2022, beliau dilamar oleh Mixology Music untuk menjadi artis rakaman dan telah lancarkan single pertama beliau berjudul “Pandang-Pandang”
LATEST STORIES
-
Naikkan level lagu produk anda dengan cara ini!
-
Mana satu? Lagu produk yang panjang atau pendek?
-
Teknik Earworm? Untuk lagu produk yang boleh buat sales tinggi!
-
Naikkan branding menggunakan lagu produk
-
Bagaimana kita nak guna lagu produk kita untuk memanggil kita punya audience?
-
Naikkan brand awareness menggunakan lagu produk
-
Adakah lagu produk ini boleh pakai sampai bila-bila?
Subscribe
Sign up for a weekly newsletter with the latest blog posts and exclusive content. In your inbox every Tuesday!