W.A.R.I.S

 

 

 

 

W.A.R.I.S

W.A.R.I.S mula berjinak jinak di dalam bidang seni pada tahun 2012, pada mulanya dia cuba mengambil pengalaman dengan membuat persembahan di majlis majlis yang kecil dan sederhana, termasuklah majlis kenduri. Salah satu persembahan  yang menjadi titik permulaan W.A.R.I.S ialah Raising The Bar, atau dikenali sebagai RTB adalah satu tempat dimana artis artis baru membuat persembahan dan menunjukkan bakat mereka tidak kira dari segi nyanyian, rapping ataupun gubahan lagu (Hip Hop & RnB). RTB adalah tempat bermulanya DJ Fuzz menjumpai W.A.R.I.S dan memperkenalkan dia kepada Mixology Music.

Pada mulanya lagu “REMBAU MOST WANTED” yang ditulis ada menggunakan lagu Wu Tang Clan CREAM, sebagai minus one. Lirik lirik yang ditulis di atas lagu tersebut dibuat berdasarkan bakat WARIS dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan, ini kerana WARIS ingin menunjukkan identitinya sebagai anak Negeri Sembilan. Akhirnya, bila ia dibawa ke studio, lagu ini telah di digubah semula oleh DJ Fuzz, dengan nafas yang baru dan selepas itu lagu ini telah diedarkan dengan stail yang berbeza, sama seperti yang kita dengar hari ini.

W.A.R.I.S akhirnya menyertai Mixology Music dan dia bermula menyertai dan membuat persembahan bersama artis artis Mixology Music yang lain. Lagu “Rembau Most Wanted” telah siap pada awal 2013. Selepas lagu itu telah disiapkan, radio-radio mula memutarkan lagu ini dan secara otomatik menaikkan  populariti W.A.R.I.S  dan lagu “Rembau Most Wanted”

Video musik ini telah dirakamkan di Rembau, tempat asal beliau. Sejurus selepas lagu ini dinaikkan ke Youtube, ramai yang tertarik dengan lagu dan video ini sehingga jumlah “view” dalam  tiga bulan menjangkau 1.3 juta!

Selepas pencapaian single pertama, beliau kembali dengan single yang kedua  “Gadis Jolobu” bersama Dato Hattan sering berkumandang di radio radio dan berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 2014.

Beliau juga telah berjinak jinak menjadi pelakon di drama “Suamiku Si Kolot” pada 2016. Selain itu, beliau tampil di layar perak di sebuah filem yang bernama “This Is Pilah” pada 2018. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan suku kaum di Negeri Sembilan. Beliau juga mengeluarkan lagu “This Is Pilah” yang digunakan sebagai OST filem tersebut.

Selain bergerak solo, W.A.R.I.S giat berkoloborasi bersama artis-artis lain seperti Wani, Juzzthin, Sophia Liana, Nora Danish, Zizi Kirana, Mas Idayu, Aida Jebat, Noryn Aziz, Raqib, Amyra Rosli, Ezad Lazim, Aisya Hasnaa dan Mark Adam. Sekarang, W.A.R.I.S sudah mempunyai label sendiri iaitu RMW Records

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: