DJ FUZZ

 

Sejak lima tahun lalu, jika kita berbicara tentang lagu lagu hit di radio dan siapakah penggesek piring hitam atau (DJ) yang telah menaikkan persada muzik hip-hop dan pop kesatu tahap yang baru, seluruh Malaysia pasti bersetuju untuk menuding jari pada DJ FUZZ. Bukan saja dikenali ketika penampilan dentuman muzik yang padu di pusat hiburan, hasil karya lagu lagu pop dan hip hop, nama DJ Fuzz cukup sinonim dengan pencapaiannya menghasilkan muzik berkualiti di balik tabir. 

Farzwa De Attaher Emir atau DJ Fuzz dikenali kebanyakan peminat muzik hip-hop di Malaysia serta kelompok global bermula sejak tahun 1999, ahli kumpulan Teh Tarik Crew, sebuah kumpulan Hip-hop yang telah menjadikan titik tolak kerjayanya dan kekal sebagai penggiat arena Hip-hop tempatan. Pada masa yang sama, DJ Fuzz juga kerap kali menyertai pertandingan DJ dan memenangi pertandingan seperti Vestax Extravaganza dan Kejuaraan Pioneer Digital tiga tahun berturut-turut.

Sebagai seorang DJ solo dan salah seorang kru DJ Stylustiks, Fuzz telah membuat banyak persembahan di luar Negara seperti UK, Ireland, Jepun, Taiwan, China Kepulauan Maldives dan Negara-negara serata Asia Tenggara.

Nama DJ Fuzz telah diiktiraf ke dalam pertubuhan DJ antarabangsa. Beliau juga telah membuka akademi DJ miliknya sendiri iaitu Akademi Mixology DJ. Fuzz juga menjadi mix DJ untuk pelbagai radio di Malaysia termasuklah Era FM, stesyen no 1 Malaysia dan pernah mengendalikan rancangannya sendiri The Mixology di Mix1602, sebuah aplikasi radio internet HD berpusat di New Jersey, Amerika Syarikat. Hari ini, DJ Fuzz lagu-lagunya sering berkumandang di radio radio tempatan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

Kini, DJ Fuzz sudah mengurangkan aktiviti persembahan kerana optimis untuk membina empayar dengan menubuhkan syarikat rakaman Mixology Music. Bermula dengan gah, nama-nama artis seperti Mark Adam, Waris, Hez Hazmi, Juzzthin dan ramai lagi bintang popular bernaung di bawahnya. Bukan itu sahaja, DJ Fuzz turut mengendali syarikat penerbitan muzik Mixology Publishing dan pelbagai perniagaan yang lain. Di masa ini, DJ Fuzz sedang membantu beberapa artis untuk membuka syarikat rakaman  mereka sendiri.

 

 

 

Pencapaian DJ Fuzz      

  • Playaz/Ecler DJ Championship 2000 (Juara Kategori Scratching)
  • Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2002 (Finalis)
  • Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2003 & 2004 (Juara)
  • World Vestax Extravaganza di Tokyo, Jepun 2004 (Top 12)
  • Pioneer Digital DJ Battle 2003, 2004 & 2005 (Juara)
  • ASIA Pioneer Digital Battle 2006 (Tempat kedua)
  • VIMA 2008 Anugerah Club DJ Terbaik
  • AIM 2009 Album Hip Hop Terbaik (Malique – OK)
  • AIM 2010 Album Hip Hop Terbaik (KO The Mixtape)
  • AIM 2010 Lagu Hip Hop Terbaik (Malique- CeritaKedai Kopi)
  • AIM 2013 Lagu Hip Hop Terbaik (Salammusik-Aku Pelat)
  • Anugerah Juara Lagu 2013 (Salammusik-Aku Pelat) (Finalis)
  • Anugerah Juara Lagu 2014 (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu) (Finalis)
  • Anugerah MACP 2015 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu
  • Anugerah MACP 2016 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu
  • 100 Top Young CEO 2019 (Special Talent Entrepreneur)
  • ASEAN Top 100 Influencer 2019
  • Prestigious Leader in Music Industry Award (Jingle Composer of the year) 2019

LAGU CIPTAAN DJ FUZZ

LAGU PRODUK CIPTAAN DJ FUZZ

DJ FUZZ – THE STATIC MIXTAPE

BEATMAKING WEDNESDAYS WITH DJ FUZZ

%d bloggers like this: