
FROM RACER TO RAPPER
Afique Danial Izzad Bogers atau nama komersialnya Danial Bogers (DB) merupakan seorang pelumba motosikal profesional. Jejaka kacukan Melayu-Belanda ini telah menyertai banyak perlumbaan dan pernah memenangi 1000 Runner Up 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.
Di samping minat beliau dalam dunia permotoran, DB mempunyai bakat terpendam dalam rapping. Dari arena permotoran, DB telah memberanikan diri untuk menunjukkan bakat beliau dalam studio melalui pertandingan radio anjuran Era. Dari Rap Star Era, DB mula berjinak-jinak untuk kompos muzik dan mencipta lirik.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), DB telah menyertai Mixology Music Malaysia dan mengeluarkan single pertama ciptaannya sendiri, Avarage Kid.
Kini, DB telah membuat kolaborasi dengan artis-artis di bawah Mixology Music.
Dari litar lumba, DB kini menyerlahkan bakat sebagai rapper dan menghasilkan lagu di studio. Terbaru, DB telah menghasilkan single terbaru dengan menampilkan Waris melalui lagu Roger That.
Dengarkan lagu-lagu hype dan trending karya Mixology Music Malaysia di Youtube dan Spotify anda.



