BAGAIMANA MIXOLOGY MUSIC BERMULA?
Mixology Music bermula dari tahun 2005, dimana DJ Fuzz mengeluarkan album/mixtape rasmi pertama di Malaysia, Mixology. Album itu telah menampilkan ramai penyanyi dan artis hip hop pada masa itu. Setelah itu, pada tahun 2007 DJ Fuzz menerbitkan Mixology 2, dan Mixology 3 pada 2010. Lama kelamaan ramai artis artis yang telah bekerjasama dengan DJ Fuzz dan ada diantaranya menjadi lagu lagu yang hit di dalam Malaysia. Akhirnya DJ Fuzz mengambil keputusan untuk memulakan syarikat rakaman yang bernama Mixology Music.
Pada hujung 2011, Mixology hanya mempunyai seorang artis, iaitu Maryam. Lama kelamaan pada 2012, beberapa lagi artis telah ditambah didalam keluarga Mixology Music antaranya W.A.R.I.S , Mark Adam, Juzzthin dan sebagainya. Hari ini, Mixology telah menghasilkan hampir 35 artis!
Pada peringkat awal Mixology Music, hanya beberapa lagu yang berjaya dikeluarkan, namun sambutan hebat terhadap pendatang baru W.A.R.I.S & Mark Adam membuatkan kredibiliti Mixology Music jadi semakin menaik. Malah syarikat rakaman luar turut menghubungi DJ Fuzz untuk menghasilkan lagu lagu single artis mereka sejak dari itu. Bermulalah Mixology Music sebagai pengeluar muzik hip hop & pop trendy terkini untuk artis artis malah, founder bisnes!
PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN MIXOLOGY
Hari ini, Mixology Music telah berjaya menghasilkan banyak lagu lagu hit di tanahair. Setiap tahun, artis artis Mixology sering menjadi artis pilihan untuk kolaborasi masa kini. Malah ada diantara mereka yang telah melebarkan sayap menjadi pelakon, composer, dan ada diantara mereka seperti W.A.R.I.S & Hez Hazmi yang telah mula berjinak jinak di dalam perniagaan syarikat rakaman. Ramai diantara mereka yang dapat menjejaki carta radio utama di Malaysia.
Lagu lagu hit seperti Gadis Jolobu, Marry me, Pencuri, Terlalu Rindu, Setiaku dan banyak lagi menjadi siulan pendengar pendengar muzik masa kini. Oleh kerana itu ramai syarikat rakaman diluar telah menghubungi Mixology untuk projek kolaborasi pembikinan lagu lagu dan juga muzik video. Setiap tahun, Mixology telah membantu syarikat rakaman ini merakam lagu lagu hit yang ada diantaranya naik ke carta carta muzik di dalam Malaysia.
Di masa ini, DJ Fuzz & team sibuk menyiapkan lagu lagu pop serta lagu lagu iklan untuk founder bisnes, sektor kerajaan dan juga korporat kerana mereka percaya dengan penggunaan lagu buatan dari studio Mixology boleh menambahkan branding dan profil syarikat mereka.
MIXOLOGY MEDIA
Mixology Media adalah suatu creative agency yang lahir dari studio Mixology Music. Ia bermula apabila usahawan-usahawan tempatan mula mencari lagu lagu jingle untuk tujuan marketing mereka. Apa yang terjadi ialah mereka telah mencari studio yang boleh membuat lagu yang boleh menambat hati pendengar untuk tujuan branding. Manakala syarikat syarikat korporat serta badan badan kerajaan juga turut mencari komposer-komposer ynag boleh membuat muzik era baru, yang sesuai untuk target market muda sekarang.
Mixology adalah satu pilihan bijak kerana syarikat rakaman ini sering mengeluarkan lagu lagu hit untuk pendengar muzik tanahair. Bermula dari 2015, Mixology Media sering mengeluarkan lagu lagu jingle serta muzik video untuk syarikat syarikat yang memerlukan muzik untuk branding.