RIEF DANIEL

Arief Daniel bin Zayadi atau lebih dikenali sebagai Rief Daniel merupakan penyanyi pertama dibawah Aura Muzik naungan penyanyi terkenal Hez Hazmi. Beliau berusia 22 tahun dan merupakan bekas pelajar Business Marketing di Kolej Professional Mara. Rief Daniel yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak tunggal. Beliau lahir pada 26 November 1997.

Rief Daniel mula berjinak-jinak dalam bidang muzik pada umur seawal 15 tahun lagi. Namun, beliau memang sudah mewarisi darah seni dari keluarga kerana kedua ibu bapanya sangat minat menyanyi dan telah menyertai banyak pertandingan menyanyi.

Bukan itu sahaja, beliau sering memuatnaik cover bersama gitarisnya Muhamad Mizwan Dashri bin Kamsarin atau lebih dikenali sebagai Dashwan yang lahir pada 1/1/1999. Bapa kepada Dashwan merupakan gitaris dalam kumpulan MISSI pada suatu masa dahulu.

Semasa beliau berusia 12 tahun, beliau Berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan Nasyid. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengharumkan nama SMK Perimbun disebabkan beliau merupakan johan pertandingan “Puisi dalam Lagu” semasa beliau tingkatan 5.

Semasa di university, beliau telah menjadi naib juara sebuah pertandingan “Battle of the Band” peringkat MARA. Selain daripada itu, pada tahun 2017, Rief telah berjaya menjadi finalis top 5 Mentor Milenia di bawah mentor Akim Majistret.

Selain menyanyi, Rief juga minat dalam bola sepak, bermain alat muzik dan edit video. Semua video yang dimuat naik ke Instagram adalah hasil Rief sendiri.

Bakat beliau dicungkil oleh Hez Hazmi setelah melihat video cover beliau di Instagram yang turut menjadi viral hasil ratusan ribu tontonan. Melebarkan sayap sebagai penyanyi sulung daripada syarikat rakaman tersebut, Rief Daniel kini banyak terlibat dalam persembahan luaran dan telah mendapat sambutan yang hebat daripada single pertamanya yang berjudul “Cahaya Dalam Cinta”

Instagram : @riefdaniel