AARON ABDUL

Mencintai seni dan muzik sejak kecil mendorong Aaron Abdul untuk terus berusaha mengukir namanya di bidang ini. Nama Aaron Abdul telah mula dicorakkan bakatnya seawal  8 tahun apabila dia sering menyertai pertandingan nyanyian dan persembahan kebudayaan. Menjejak usia remaja, Aaron Abdul memperlihatkan kesungguhannya dlm bidang seni apabila lebih kerap mnyertai pertandingan seperti Nasyid, pertandingan karaoke daerah Batu Pahat dan pernah membawa nama negeri Johor salam pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan. Aaron Abdul, anak kelahiran Batu Pahat,Johor ini telah melalui satu perjalanan seni yang menarik dalam hidupnya..Rentetan kaman kanak kanak dan remajanya yg dihiasi dgn pelbgai genre seni, maka bakatnya telah dihidu oleh Hani Budi group,sebuah company muzik underground yg aktif memenuhi undangan majlis majlis keraian, jabatan jabatan kerajaan disekitar Johor dan Melaka. Dengan tertubuhnya band dibawah Hani Budi Company, maka bakat Aaron Abdul semakin berkembang dan minatnya mendalami muzik semakin mendalam.

Diusia 18 tahun, Aaron Abdul telah mula menyertai pertandingan yg lebih besar seperti pertandingan Bintang RTM Klasik Nasional Zon Selatan pada tahun 2008.

Selain memiliki bakat nyanyian, Aaron Abdul juga meminati bidang pendandanan  rambut dan memilih bidang ini sebagai kerjayanya.”Perfect practise makes perfect” itulah kata kata yang menjadikan dirinya setiasa tidak permah berhenti berusaha mengasah bakat yg dimilikinya sehingga memiliki premis gunting rambut, NEEDACUT BARBER di Alam Avenue 2, Shah Alam. Jiwanya terhadap nyanyian tidak pernah padam malah sentiasa bersemangat utk menyertai pelbagai pertandingan yg dianjurkan oleh pihak luar seperti Uptown Idol, Akademi Bakat Seni bersama Cikgu Siti Hajar dan banyak lagi. Cintanya pada nyanyian membuatkan dia sering menyumbang lagu di laman sosial seperti di Facebook dan Instagram. Anugerah dan bakat kuniaan yang dikurniakn kepada Aaron Abdul ini turut mendapat perhatian MIXOLOGY MUSIC apabila dia telah dipelawa menghadiri ujibakat artis baru dibawah OCTAVE RECORDS. Sejuta langkah kehadapan bermula dengan langkah pertama; maka langkah ini adalah langkah sulung Aaron Abdul yang baru sahaja melancarkan single pertamanya ” PRASANGKA”

Muhammad Yusri bin Zainal atau lebih dikenali sebagai Yus Zainal merupakan seorang penyanyi di bawah label Jewelsoundmy. Penyanyi berusia 23 tahun ini merupakan seorang pelajar jurusan Penyiaran dan Perfileman KLMUC KL. Yus Zainal yang berasal dari Teluk Intan, Perak merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik. Minat Anak jati Perak ini terhadap muzik dan nyanyian terserlah pada usia 11 tahun apabila beliau menyertai pasukan nasyid sekolah sebagai Percussionist. Bakat nyanyiannya digilap pada usia 12 tahun apabila dipilih mengetuai pasukan Nasyid sekolah sebagai solo.

Yus Zainal terus menggilap bakat nyanyiannya apabila dia menyertai beberapa pertandingan nyanyian sekitar perak dan menjuarainya. Pengikutnya mula bertambah dan mula mendapat pujian yang memberangsangkan apabila memuat naik video nyanyiannya di halaman Facebook.

Yus Zainal terus mengorak langkah apabila berjaya menjadi Juara Pertandingan Nyanyian KLMUC All

Star yg diwakili oleh pelajar KLMUC seluruh Malaysia.Pada sekitar 2013 Yus Zainal memuat naik video nyanyiannya sambil bermain ukelele bersama dua lagi orang rakan kolejnya, telah mendapat perhatian dari satu syarikat rakaman. Beliau telah ditawarkan kontrak untuk menjadi artis rakaman namun dia terpaksa menarik diri atas masalah keluarga dan terpaksa pulang ke kampung halaman.

Cintanya terhadap muzik tidak pernah luntur apabila beliau terus berkarya menulis dan mencipta lagu.Beliau telah menubuhkan sebuah Band di Teluk Intan sekitar tahun 2014 dan telah membuat persembahan sekitar Perak Dan Kuala Lumpur.

Beliau semakin dikenali apabila sering membuat cover lagu di Instagram .Bukan saja dengan itu,anak muda ini juga sering memuat naik video beliau bermain drum,keyboard dan Beatbox.Pada November 2015 anak muda ini telah mencuba nasib dengan menyertai Mixology Talent Search dan berjaya membuka mata pihak penganjur iaitu DJ FUZZ.Pada beberapa hari selepas itu beliau mendapat panggilan daripada DJ FUZZ dan menawarkan kontrak rakaman kepada beliau.

Selain kancah seni beliau juga seorang yang aktif dalam bidang sukan seperti Bolasepak dan Futsal. Beliau pernah mewakili beberapa Pasukan Bolasepak/Futsal dalam beberapa kejohanan amatur.

Dengan mempunyai tubuh badan yang kecil dan bermain ukelele, DJ FUZZ telah mencipta lagu bergenre POP dengan mengikut kesesuaian imej anak muda ini. Lagu yang berjudul #2kerja itu merupakan single pertamanya dibawah naungan Mixology Music.

Beliau juga mempunyai sebuah lagu tema MDEC #YouCanDuit