Bibi Qairina

Bibi Nur ‘ Qhairina Binti Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Bibi Qairina merupakan seorang anak muda yang berasal dari Kuala lumpur. Beliau dilahirkan pada 14 June 2005 merupakan anak ke – empat daripada lima adik beradik .

Minat yang mendalam terhadap dunia seni bermula sejak berumur 10 tahun lagi apabila dia aktif dalam pelbagai aktiviti berkaitan seni seperti menyanyi, syair dan berlakon. Beliau belajar menyanyi daripada ibunya sendiri, Tylla Syakila penyanyi dangdut yang pernah merakamkan 2 album di Malaysia dan di Indonesia Era 90’s . Di bawah naungan sebuah syarikat rakaman di Ibu Kota. Bibi sering bergandingan bersama ibunya sebagai penyanyi latar.

Beliau belajar bermain gitar hanya melalui Youtube. Berbekalkan sedikit pengetahuan bermain gitar melalui Youtube, beliau mula menonjolkan diri di Instagram sebagai seorang penyanyi cover. Dengan kegigihan beliau memuat turun nyanyian beliau di Instagram, beliau berjaya mengumpul pengikut di Instagram seramai 400 ribu jumlah pengikut.

Penyanyi muda yang masih bersekolah menengah ini telah mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman iaitu Mixology Music di bawah bimbingan producer terkemuka Malaysia, DJ FUZZ.

Pada 29 November, Bibi Qairina keluar dengan single pertama beliau ‘Sokmed’


0125357769 – (Mia)

Hubungi kami untuk booking Bibi Qairina


%d bloggers like this: