Mixology Music

W.A.R.I.S

W.A.R.I.S

 

 

 

W.A.R.I.S mula berjinak jinak di dalam bidang seni pada tahun 2012, pada mulanya dia cuba mengambil pengalaman dengan membuat persembahan di majlis majlis yang kecil dan sederhana, termasuklah majlis kenduri. Salah satu persembahan  yang menjadi titik permulaan W.A.R.I.S ialah Raising The Bar, atau dikenali sebagai RTB adalah satu tempat dimana artis artis baru membuat persembahan dan menunjukkan bakat mereka tidak kira dari segi nyanyian, rapping ataupun gubahan lagu (Hip Hop & RnB). RTB adalah tempat bermulanya DJ Fuzz menjumpai W.A.R.I.S dan memperkenalkan dia kepada Mixology Music. Pada mulanya lagu“REMBAU MOST WANTED” yang ditulis ada menggunakan lagu Wu Tang Clan CREAM, sebagai minus one. Lirik lirik yang ditulis di atas lagu tersebut dibuat berdasarkan bakat WARIS dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan, ini kerana WARIS ingin menunjukkan identitinya sebagai anak Negeri Sembilan. Akhirnya, bila ia dibawa ke studio, lagu ini telah di digubah semula oleh DJ Fuzz, dengan nafas yang baru dan selepas itu lagu ini telah diedarkan dengan stail yang berbeza, sama seperti yang kita dengar hari ini.

W.A.R.I.S akhirnya menyertai Mixology Music dan dia bermula menyertai dan membuat persembahan bersama artis artis Mixology yang lain. Lagu “Rembau Most Wanted” telah siap pada awal 2013. Selepas lagu itu telah disiapkan, radio-radio mula memutarkan lagu ini dan secara otomatik menaikkan  populariti W.A.R.I.S  dan lagu “Rembau Most Wanted”

Video musik ini telah dirakamkan di Rembau, tempat asal beliau. Sejurus selepas lagu ini dinaikkan ke Youtube, ramai yang tertarik dengan lagu dan video ini sehingga jumlah “view” dalam  tiga bulan menjangkau 1.3 juta!

Lagu “Rembau Most Wanted” sering diputarkan di radio dan TV. Media massa seperti majalah dan akhbar turut menemuramah beliau, dan akhir akhir ini W.A.R.I.S telah dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai rancangan  TV.

Single W.A.R.I.S  “Gadis Jolobu” bersama Dato Hattan sering berkumandang di radio radio dan berjaya ke final Anugerah Juara Lagu 2014 .Beliau juga telah berjinak jinak menjadi pelakon di drama "Suamiku Si Kolot" pada 2016. Awal 2017 W.A.R.I.S akan berganding bersama Nora Danish untuk satu kolaborasi baru.W.A.R.I.S  sekarang sedang menyiapkan lagu lagu kolaborasi dengan beberapa artis dan W.A.R.I.S sedang sibuk menyiapkan album keduanya yang bakal keluar pada awal 2017 terbitan Mixology Music.

 

  

 

 

 ANUGERAH

Artis Terbaik ERA Jun 2013

Finalis-AIM Lagu Hip Hop Terbaik  2013

Finalis-Anugerah Juara Lagu 2014 

 


warisn9

warisn9

  

 Foto

WarisA.jpg

WarisB.jpg

WarisC.jpg