Mixology Music

Raqib

Raqib

 

 

Raqib Majid atau nama sebenarnya Fahrur Raqib bin Abdul Majid telah memulakan bidang suara dalam pertandingan tilawah al-quran sehingga ke peringkat antarabangsa  pada usia seawal 7 tahun.

Dalam masa yang sama beliau juga sangat meminati bidang muzik dan telah memulakan langkah pertama beliau dengan menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011. Raqib merupakan seorang pelajar Jurusan Sumber Manusia dia Open University Melaka selama 4 tahun.

Pada tahun 2013 beliau menyertai pertandingan tilawah al-quran peringkat kebangsaan dan pada tahun 2014 beliau mewakili Malaysia ke pertandingan tilawah al-quran Belia Asia Tenggara peringkat antarabangsa.

Antara single terawal beliau adalah “Luahan Rasa” ciptaan sendiri dan “Kembali”  ciptaan Syam Kamikaze dan Habsah Hassan.

Pada tahun 2014, beliau telah memulakan program tv yang pertama iaitu “Dikir Zikir” di tv al-hijrah dan seterusnya mengacarakan program “Pasport Ziarah” dan “Jelajah Ramadhan” pada tahun 2015 juga bersama tv al-hijrah sehingga sekarang.  

Kini Raqib Majid adalah artis rakaman dibawah naungan Octave Records.

Percubaan pertama lagu “SUBHANALLAH” Raqib feat Waris mendapat sambutan yang luar biasa untuk artis baru. Lagu ini mendapat tempat dihati peminat dan telah berada dicarta Era 40 ditangga ke -7 setelah hanya tiga minggu di carta. Subhanallah masih lagi di carta carta utama setelah setahun lamanya

Raqib ini sedang sibuk mempromosikan single keduanya bersama Waris berjudul "Kurnia"

 

 

 raqibmajid

 raqibmajid

 raqibmajid.af9

 

Foto

Raqib_A.jpg

Raqib B.jpg

Raqib C.jpg

Raqib D.jpg

Raqib E.jpg