Mixology Music

Mark Adam

Mark Adam

 

Mark Adam, atau nama sebenarnya Mark Macaraig Echivarre telah mula menyanyi pada usia seawal 8 tahun dan menjadi profesional pada usia 12 tahun selepas menjuarai pertandingan nyanyian yang terbesar di Filipina yang dipanggil (Tanghalan Ng Kampeon) (Battle of Champions). Rancangan ini disiarkan secara langsung di TV Nasional Filipina ketika itu.

Mark pada mulanya merupakan seorang Pelajar dalam urusan Kejuruteraan Awam selama 4 tahun. Walau bagaimana dia berhenti ditengah jalan kerana minat yang mendalam terhadap muzik.

Pada tahun 2001 Mark bersama kumpulan muzik nya telah berhijrah ke Malaysia untuk 2 tahun kontrak bekerja sebagai penghibur di hotel-hotel Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Dalam tempoh 2 tahun itu juga dia telah mengenali seorang gadis Melayu dan mengambil keputusan untuk mengahwininya pada tahun 2003. Memeluk Islam pada tahun 2002, kini usia perkahwinan mereka telah mencecah 11 tahun.


Mark Adam amat meminati lagu-lagu klasik dari Era 40 an. Ini mungkin kerana dia sering didedahkan dengan muzik-muzik sebegitu oleh ibu bapa dan keluarganya. Bagi nya, lagu-lagu klasik ini mempunyai maksud yang mendalam. Mark amat mengagumi Michael Jackson., Frank Sinatra, Roy Orbison, The Platters, M Nasir dan Queen sebagai idola dan juga sumber inspirasi untuk berkarya.

Pernah berkhidmat di sebuah Pusat Latihan Muzik, The Singing Shop sebagai Guru Vokal dan Mark telah berjaya melatih pelajar-pelajarnya untuk menjadi penyanyi yang mempunyai keyakinan diri, profesional, dan mampu menjadi seorang penghibur. Beberapa pelajar pelajar Mark yang telah berjaya dan menjadi terkenal adalah Seperti Mizz Nina, Asmidar, Joey Tong (Twisties Superstar), Sheryl Koh, Ewal AF dan banyak lagi.

Selain menjadi seorang guru vokal, kini Mark Adam adalah artis rakaman dibawah naungan Mixology Muzik yang dimiliki oleh Dj Fuzz. Percubaan pertama lagu solo “Sampai Nanti” yang dicipta oleh Dj Cza dan lirik ditulis oleh Amylea Azizan telah mendapat sambutan yang agak bagus untuk artis baru. Tetapi apabila lagu yang berjudul “Pencuri” diperkenalkan kepada pendengar, nama Mark Adam terus melekat di hati peminat-peminat musik Malaysia. Lagu solo yang terbaru berjudul “Si Katak” juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan hari ini kita sentiasa mendengar lagu lagu dari Mark Adam di mana mana sahaja, radio mahupun televisyen. Penghasilan lagu-lagu Mark Adam ini banyak di bantu oleh DJ Fuzz dan Adeep Nahar (Fabulous Cats). Mark Adam sekarang baru sahaja selesai menyiapkan penggambaran dan rakaman iklan “Sheba”, bersama artis baru sensasi, Elizabeth Tan.

 

Mark Adam sering diundang ke persembahan setiap minggu dan pernah membuat persembahan di beberapa rancangan TV seperti Anugerah Blokbuster, Anugerah Meletop dan banyak lagi. Tidak hairanlah jika Mark Adam mempunyai ramai peminat peminat di seluruh Malaysia. Bukan sahaja masyarakat Malaysia, malah orang orang Filipina yang menetap di Malaysia amat meminati Mark Adam, idola mereka itu.

 

Mark Adam juga telah mula berjinak jinak didalam lakonan di mana dia telah baru sahaja selesai berlakon di dalam telemovie “Mark & Ana”. Dari segi rakaman, album solo pertama Mark Adam dijangka telah diterbitkan oleh syarikat rakaman Mixology Music pada awal 2015. Sekarang Mark sedang menyiapkan album keduanya yang dijangka keluar pada 2017. 

 

 

 ANUGERAH

Artis Terbaik ERA April 2014

 

 @markadam1079

 @markadam1079

OfficialMarkAdam

 Foto

MarkAdamprofilepicture1.jpg

MarkAdamprofilepicture2.jpg

MarkAdamprofilepicture3.jpg