Mixology Music

Juzzthin

Juzzthin

 

 

 

 “Everybody have flaws, but we all gotta make it”

Juzzthin, anak kelahiran Setiawangsa, KL ini sangat gemarkan music hip hop. Mohd Nazreen, atau dikenali sebagai Juzzthin oleh teman temannya telah dilahirkan paa 2 August 1990, anak tunggal yang telah dibesarkan di kotaraya ini dengan pelbagai jenis muzik di sekelilingnya. Namun, cinta terhadap muzik hip hop telah mendorong Juzzthin untuk belajar berkarya dalam menulis lagu lagu genre tersebut.

 

Kerana bakatnya di dalam lakonan dan menulis lagu, Juzzthin telah mengambil kesempatan ini untuk meneruskan pelajarannya di dalam seni lakonan di Aswara. Sejurus itu, semasa berumur 17 tahun, Juzzthin telah diundang untuk menyertai pertandingan di Astro TV di dalam rancangan “Blast Off”, dimana dia menyertai bersama kumpulannya “Tricky Tounge”. Pada 2007, kumpulan ini Berjaya merangkul pingat juara di dalam rancangan itu.

 

Selepas itu, Juzzthin meneruskan karirnya di dalam bidang lakonan di mana beliau mula berlakon di dalam sitcom “Disney Waktu Rehat”. Lakonannya telah menambat hati peminat, lalu beliau di panggil untuk berlakon di dalm sitcom kanak kanak terkenal “Oh My English”. Di masa itu juga Juzzthin, aktif memasuki pertandingan realiti di 8TV, “Word”, yang banyak mangambil artis artis hip hop baru berpotensi di Malaysia.

 

Selepas Juzzthin memasuki syarikat rakaman Mixology Music, lagu duetnya bersama Waris “Botingkek”, “100% Cintaku” bersama Mas idayu telah mencapai tahap populariti. Dia terus mengeluarkan lagu demi lagu sehingga berjaya mengeluarkan album sulungnya pada Mac 2016. Single “Serik dengan Cinta” gandingan bersama Maya Karin mendapat tempat di hati peminat, sering kedengaran di radio radio tempatan. Juzzthin juga turut berduet bersama artis artis tempatan yang popular seperti Wani & Amyra Rosli. Sekarang ini Juzzthin giat berlakon dan mempromosikan single single terbarunya di radio, dan nama Juzzthin tidak lagi asing di mata peminat dan suara Juzzthin sering kedengaran di radio dan rancangan carta carta muzik di negara ini.

 

 

@juzzthinx

OfficialJuzzthin

 

Foto

J1.jpg 

J2.jpg

J3.jpg