Mixology Music

Hez Hazmi

Hez Hazmi

 

Muhammad Hazmi Bin Nadzim Hamdan atau lebih dikenali sebagai Hez Hazmi merupakan seorang anak muda yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Dia yang dilahirkan pada 10 Februari 1992 merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik.

Minat yang mendalam terhadap dunia seni telah mula sejak dia dibangku sekolah lagi apabila dia aktif dalam pelbagai aktiviti berkaitan seni seperti nyanyian, syair, koir dan lakonan teater. Semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis  dalam jurusan diploma sains, dia kerap memuat naik lagu ciptaannya sendiri dilaman sesawang youtube. Antara lagu ciptaannya di youtube adalah Setia, Hey Kamu, My Crush dan lain lain.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, melalui lagu lagu ciptaannya itu, dia telah dipanggil untuk menghadiri ujibakat di salah sebuah syarikat rakaman di Malaysia dan telah menubuhkan sebuah kumpulan bersama rakan baiknya. Mereka sempat menghasilkan dua buah single bersama kumpulan tersebut.

Pada awal 2016, Hez Hazmi telah mengikat kontrak bersama sebuah syarikat baru iaitu JEWEL SOUNDS dibawah bimbingan produser terkemuka Malaysia DJ Fuzz. Single solo pertamanya berjudul SETIAKU dan single kedua berjudul Aku Mula Rindu. Hez juga amat meminati bidang lakonan dan pengacaraan selain berharap untuk terus menyumbangkan bakat yang ada di dalam industri muzik Malaysia khasnya. 

 

Instagram

@hezhazmi