Mixology Music

Farah Farhanah

Farah Farhanah

Farah Farhanah Binti Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Farah Farhanah. Merupakan penyanyi wanita pertama di bawah label Octave Records. Penyanyi ini berusia 20 tahun dan merupakan seorang pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang. Farah Farhanah yang berasal dari Gombak, Selangor merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Minat Farah dalam bidang muzik terserlah sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu berusia 11 tahun apabila dia terpilih menjadi solo dalam nyanyian nasyid.

Farah Farhanah mula membina empayarnya dengan memuat naik video lagu-lagu cover di laman YouTube beberapa tahun lalu. Dan sesetengah lagu covernya mendapat sambutan dan dari situ juga Farah Farhanah mula dikenali oleh segelintir masyarakat diluar sana.

 Pada September 2015, gadis muda ini terlibat dengan pertandingan yang dianjurkan oleh ERA FM untuk membawa pemenang berduet di atas stage bersama Pasha dari kumpulan Ungu yang popular dari seberang. Tidak disangka, Farah Farhanah terpilih menjadi pemenang dan dia berpeluang berduet bersama mereka. 

Pada November 2015 pula, DJ Fuzz telah menganjurkan satu Mixology Talent Search. Farah pun turut serta mencuba nasib dengan memuat naik video di laman social Instagram. Keesokkan harinya Farah mendapat panggilan daripada DJ Fuzz yang berminat dan menawarkan kontrak rakaman kepada beliau.

 Melebarkan sayap sebagai penyanyi wanita sulung daripada syarikat rakaman Octave Records, Farah Farhanah kini popular dengan single pertamanya yang berjudul “SAMPAI JANNAH”. Farah kini sibuk mempromosikan single keduanya bertajuk "Suka Denganmu"