Mixology Music

Eleena Harris

Eleena Harris

 

Wan Eleena Wan Harris atau lebih dikenali sebagai Eleena Harris merupakan penyanyi wanita pertama di bawah label Mixology Music. Penyanyi cilik ini berusia 19 tahun dan merupakan seorang pelajar jurusan perakaunan di UITM Shah Alam . Eleena Harris yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik . Minat Eleena yang mendalam terhadap muzik terserlah seawal usia 7 tahun lagi apabila dia didedahkan kepada kelas piano oleh kedua ibu bapanya . Bukan itu sahaja , bakat semulajadinya dalam bidang nyanyian juga turut terserlah semenjak di bangku persekolahan .

 

 Icon laman sesawang ini mula membina empayarnya dengan memuat naik video lagu – lagu ciptaan sendiri serta lagu cover di laman YOUTUBE beberapa tahun dulu. Gaya Eleena Harris mencuit minat golongan remaja apabila banyak video-video penghasilannya jelas menjadi viral di beberapa laman seperti Twitter dan Facebook.

 

 Pada tahun 2009 , gadis muda ini juga turut terlibat dalam “So Syok Holidays” , sebuah iklan TV yang diterbitkan oleh Syarikat Disney Channel Asia. Bakat serba bolehnya terserlah apabila Eleena sekali lagi dijemput oleh syarikat yang sama untuk membintangi iklan keduanya. Hanya berusia 15 tahun , 2011 menjadi tahun kegemilangan pelajar  SMK Bandar Sri Damansara (2) apabila beliau menjuarai pertandingan Bakat Remaja pada tahun itu. Pertandingan yang dianjurkan oleh MBPJ jelas dipergunakan sebaiknya untuk memajukan diri dalam bidang muzik seawal usia remajanya.

 

Selain daripada itu, Eleena Harris juga turut ditawarkan untuk membintangi iklan syarikat Perodua Smart Assist pada tahun lepas , 2014 .

 

 Bagai pucuk dicita , ulam mendatang. Penyertaan Eleena Harris dalam pertandingan FAT ( FINDING AMAZING TALENTS ) , pertandingan pencarian bakat baru oleh Help University jelas membuahkan hasil apabila Lagu ciptaan Eleena terbukti menarik minat pihak juri dan kemenanganya dalam pertandingan tersebut turut membuahkan hasil kepada usahanya selama ini apabila syarikat rakaman Mixology Music , yang dikelola DJ Fuzz menawarkan kontrak rakaman kepada beliau.

 

 Melebarkan sayap sebagai penyanyi wanita sulung daripada syarikat rakaman tersebut , Eleena Harris kini banyak terlibat dalam persembahan luaran dan telah mendapat sambutan yang hebat daripada single pertamanya yang berjudul “ TERLALU RINDU”. Eleena telah mengeluarkan album sulungnya yang kini berada dipasaran dan sibuk mempromosi single keduanya, gandingan bersama Mark Adam, berjudul "Hanya Dirimu"

 

 

 

 

 

EleenaHarris

EleenaHarris

Eleenaharris

 

 

Foto

EleenaHarrisProfilepicture.jpg

EleenaHarrisProfilePic1

EleenaHarrisProfilePic2

EleenaHarrisProfilePic3

EleenaHarrisProfilePic4