Mixology Music

Aaron Abdul

Aaron Abdul

    Mencintai seni dan muzik sejak kecil mendorong Aaron Abdul untuk terus berusaha mengukir namanya di bidang ini. Nama Aaron Abdul telah mula dicorakkan bakatnya seawal  8 tahun apabila dia sering menyertai pertandingan nyanyian dan persembahan kebudayaan. Menjejak usia remaja, Aaron Abdul memperlihatkan kesungguhannya dlm bidang seni apabila lebih kerap mnyertai pertandingan seperti Nasyid, pertandingan karaoke daerah Batu Pahat dan pernah membawa nama negeri Johor salam pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan. Aaron Abdul, anak kelahiran Batu Pahat,Johor ini telah melalui satu perjalanan seni yang menarik dalam hidupnya..Rentetan kaman kanak kanak dan remajanya yg dihiasi dgn pelbgai genre seni, maka bakatnya telah dihidu oleh Hani Budi group,sebuah company muzik underground yg aktif memenuhi undangan majlis majlis keraian, jabatan jabatan kerajaan disekitar Johor dan Melaka. Dengan tertubuhnya band dibawah Hani Budi Company, maka bakat Aaron Abdul semakin berkembang dan minatnya mendalami muzik semakin mendalam.

Diusia 18 tahun, Aaron Abdul telah mula menyertai pertandingan yg lebih besar seperti pertandingan Bintang RTM Klasik Nasional Zon Selatan pada tahun 2008. 

Selain memiliki bakat nyanyian, Aaron Abdul juga meminati bidang pendandanan  rambut dan memilih bidang ini sebagai kerjayanya."Perfect practise makes perfect" itulah kata kata yang menjadikan dirinya setiasa tidak permah berhenti berusaha mengasah bakat yg dimilikinya sehingga memiliki premis gunting rambut, NEEDACUT BARBER di Alam Avenue 2, Shah Alam. Jiwanya terhadap nyanyian tidak pernah padam malah sentiasa bersemangat utk menyertai pelbagai pertandingan yg dianjurkan oleh pihak luar seperti Uptown Idol, Akademi Bakat Seni bersama Cikgu Siti Hajar dan banyak lagi. Cintanya pada nyanyian membuatkan dia sering menyumbang lagu di laman sosial seperti di Facebook dan Instagram. Anugerah dan bakat kuniaan yang dikurniakn kepada Aaron Abdul ini turut mendapat perhatian MIXOLOGY MUSIC apabila dia telah dipelawa menghadiri ujibakat artis baru dibawah OCTAVE RECORDS. Sejuta langkah kehadapan bermula dengan langkah pertama; maka langkah ini adalah langkah sulung Aaron Abdul yang baru sahaja melancarkan single pertamanya " PRASANGKA"